RENUNGAN

  ”Setiap anak Adam berbuat DOSA dan sebaik-baik orang BERDOSA adalah mereka yang bertaubat” HR Tirmidzi.

Siapa antara kita yang berani mengaku bahawa dia tidak pernah membuat salah walaupun sekecil-kecil kesalahan? ADA BERANI? Saya yakin ada yang mahu mengaku mengenai hal ini tapi tidak cukup berani KENAPA? Jelasnya kita adalah manusia yang dicipta oleh sang pencipta (4JJI) dengan nafsu dan kehendak, kekuatan dan kelemahan, kemahuan manusia pastinya tidak terhingga. Jadi dalam kita mahu memenuhi keinginan itu, pasti dan pasti kita akan melakukan kesealahan samada kecil atau besar. Nah! justeru itu kita perlu sering melakukan taubat mohon keamapunan dari yang maha esa setiap saat. Mohonlah pada Allah pasti dia akan mengampuni kita yang lemah dan berdosa ini kerana dia maha pengampun maha penyanyang. (Berdoalah ketika bersendirian kerana hanya kita yang patut tahu dosa kesalahan kita dan mengadu hanya pada dia sahaja)

Advertisement